Wednesday, August 25, 2010

KESIHATAN: Rawatan Yang Boleh Diambil jika terkena DEMAM DENGGI

Semenjak dua menjak ni banyak terdengar berita kematian disebabkan oleh serangan demam denggi. Di sini aku nak kongsi ngan korang semua beberapa rawatan2 awal yang boleh diambil jika anda disahkan menghidap demam denggi.
Sehingga sekarang masih tiada vaksin yang betul2 berkesan untuk melawan jangkitan demam denggi ini, apa yang dilakukan dilakukan kepada pesakit sekarang ialah  rawatan terapi sokongan untuk menggelakkan berlakunya renjatan /kejutan peredaran darah (circulatory shock) seterusnya Dengue Shock Syndrome (DSS). perkongsian berkenaan rawatan deman denggi disini http://exerciseperut.blogspot.com/20...an-denggi.html

Ringkasan rawatan yang boleh diamalkan :

Rawatan Denggi Minum Jus Air Betik
Cara penyediaan adalah; ambil beberapa helai daun betik yang berwarna hijau dan dibersihkan. Ambil/ petik dari pokoknya…satu pelepah daun betik yang masih hijau (bukan pucuk dan bukan juga daun betik yg telah gugur). Buang tangkai dan ambil daunnya.kisarkan atau tumbuk daun tersebut. Setelah lumat lakukan tapisan dengan kain atau penapis biasa untuk mendapatkan jus. Dos ialah ambik 1 sudu 2 kali sehari.

atau cara penyediaan alternatif

Blend bersama secawan air.

Tapis dan minum

Jika tak lalu minum kerana pahitnya, maka boleh dicampur madu.

Dos yang diambil ialah 3 cawan sehari – pagi, petang dan malam.

Rawatan Denggi Makan dan Minum Sup Ketam
Boleh menggunakan jenis ketam yang biasa dimasak. Yg terbaik adalah ketam nipah

Rawatan Denggi Minum Banyak Air
Untuk mengantikan kehilangan cairan badan dan darah pesakit dikehendaki meminum banyak air untuk mengelakkan hidrasi. Minuman tenaga seperti 100 plus/ revive / bagus untuk menggalakan proses rehidrasi badan. Sebaiknya biarkan minuman tersebut dibiarkan terbuka untuk menggeluarkan gas berlebihan.

Minum Air Zam Zam
Air Zam Zam adalah beralkali secara semulajadi. Air yang beralkali malah makanan yang beralkali adalah baik untuk darah dan kesihatan. Untuk membantu pemulihan badan secara keseluruhannya darah kita hendaklah dalam keadaan yang beralkali. Kajian yang dilakukan ke atas pesakit kanser menunjukkan 80% pesakit kanser adalah mempunyai keadaan darah yang berasid. Jadi untuk menguatkan badan melawan virus denggi ambillah makanan dan minuman yang beralkali dan kurangkan makanan berasid.

kreadit kpd:  baikorg dari forum carigold.com

No comments:

Post a Comment