Showing posts with label DOA. Show all posts
Showing posts with label DOA. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

DOA: DOA AGAR BEROLEH REZEKI YG BERTERUSAN & KESIHATAN YG BERPANJANGAN

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ  الْعَافِيَةَ  فِي الدِّينِ  وَ الدُّنْيَا  والآخِرَةِ


Ya Allah , aku memohon kepadaMu keafiatan ( sejahtera ) dunia dan akhirat .HR al-Tirmizi no 3594

Petua Beramal

Walaupun kita boleh meminta kepada Allah apa sahaja yang kita kehendaki dari urusan dunia dan akhirat , Nabi saw mengajar kita untuk memohon kesejahteraan dunia dan akhirat . Sesetengah manusia bahagia di dunia , sengsara di akhirat . Sebahagian yang lain pula bahagia di akhirat tetapi susah di dunia . Namun yang paling baik adalah bahagia di dunia dan akhirat .
Dalam sebuah hadith  sahih riwayat al-Tirmiziyang lain , Nabi saw bersabda , maksudnya : Mohonlah kepadaAllah keampunan dan afiat kerana sesungguhnya seseorang itu tidak diberi setelah keimanan yang lebih baik daripada afiat .

Source: Kitab 101 doa keluaran Telaga Biru

DOA: Doa berlindung daripada kehilangan nikmat

             اللَّهُمَّ إِنِّي أعُوذُبِكَ  مِنْ  زَوَالِ  نِعْمَتِكَ ، وَ تَحَوُّلِ  عاَفِيَتِكَ ، 
وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ  ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ     


 Ya Allah , aku berlindung kepadaMu dari hilangnya nikmat Mu , hilangnya afiat yang Engkau berikan , kemurkaanMu yang datang secara tiba-tiba dan keseluruhan kemurkaanMu [1]

Petua Beramal

Nikmat anugerah Allah hendaklah disyukuri . Hakikatnya nikmat tersebut tidak ternilai dengan wang ringgit . Aqal , mata , pendengaran , kekuatan mengingat dan kesihatan merupakan kurniaan Allah yang penting . Tanpanya hidup ini menjadi susah .
Antara usaha yang dilakukan untuk memelihara keupayaan pemberiaan Allah itu ialah kita menggunakannya pada hal-hal ketaatan . Banyakkanlah berdoa dengan doa yang terbukti menjadi amalan Nabi saw ini , mudah-mudahan ia dapat kekal tanpa hilang dari kita .
[1] HR Muslim no 2379

Source: FB Ustaz Zahazan Mohamed

Monday, September 13, 2010

DOA: Doa Musafir

 
Ertinya: Ya Allah! Mudahkanlah kami bermusafir dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah! Engkaulah menemani dalam pemergian dan Engkau pulalah yang melindungi keluarga.
SUMBER:   Jabatan Mufti Negeri Selangor

DOA: Doa Mencerdaskan otak dan tidak mudah lupa



Allaahumma awwir bil kitabi bashari wasyrah bihii shadrii was tamil bihii yadanii wa athiiq bihil lisaanii waqawwi bihi janaanii wa asri bihii fahnii waqawwi bihii ‘zmii bihawlika wa quwwatika fa innahu laa hawla walaa quwwata illa bika yaa arhamar raahimiina. Alaahummas tawda’tuka maa’ allamtaniihi fardudhu ilaa ‘indahaajatii liayhi walaa tansaniihi yaa rabbal ‘aalamiina.

Ertinya:
“Ya Allah, terangilah pandangan saya dengan AL Qur’an. Dan dengannya lapangkanlah hati saya dan dapatlah kirannya beramal dengannya. Lancarkanlah lidah saya dalam mengucapkannya, dan teguhkanlah hati saya dengannya, dan percepatkanlah kefahaman saya dengannya serta teguhkanlah saya dengannya. Dengan sebab daya dan kekuatan-Mu, karena tiada daya untuk melakukan taat dan tiada upaya untuk menjauhkan maksiat, melainkan dengan pertolongan-Mu, ya Tuhan Maha Pengasih sekalian yang berkasih sayang, Ya Allah saya menitipkan kepada-Mu ilmu yang telah engkau ajarkan kepadaku, maka perkenankanlah kirannya Engkau mengembalikannya lagi kepadaku ketika saya membutuhkannya. Dan janganlah hendaknnya Engkau melupakannya, Wahai Tuhan Semesta alam.”


DOA: Doa Tahan lapar & haus




Alladzii khalaqaanii fahuwaa yahdiiniiwal ladzii huwa yuth'imunii wa yasqiinii wa idzaa maridhtu fahuwayasyfiina.

Ertinya:
Tuhan yang telah menciptakan aku, makaDia-lah yang menunjuki aku, dan Tuhanku, yang Dia memberi makan danminum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dia-lah yang menyembuhkan aku.

DOA: Doa agar Dipermudahkan Urusan

Apabila menghadapi sebarang masalah , mohonlah pada Allah swt. keringanan dengan membaca doa berikut :

   اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ  سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ  إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikanmudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .[1]

Petua Beramal

Adalah menjadi sunnatullah dalam kehidupan , bahawa manusia itu mengahadapi ujian berupa kelaparan , kematian dan kesulitan , kerana dengan ujian yang berbagai itu Allah swt dapat mengetahui tahap keimanan hambaNya . Firman Allah swt dalam surah al-kahf ayat ke 7 :

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا(7

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya”.
Walaupun Allah sebenarnya telah mengetahui tahap keimanan manusia sebelum berlaku ujian , namun ujian seperti kesulitan itu dapat mendedahkan kepada manusia itu sendiri keperluannya untuk mengambil langkah-langkah pemulihan kepada permasalahan imannya sendiri. Dia perlu memuhasabah dirinya , memperbaiki sikapnya , mengikhlaskan amalannya untuk mencapai kualiti amalan yang dikehendaki Allah dan sebagainya. [2]

Dalam buku  As’ad Imra`atan Fil Alam, Dr Aid Al-Qarni menjelaskan kepentingan memiliki semangat yang jitu dengan katanya yang bermaksud : “ Jadilah manusia yang mempunyai cita-cita yang tinggi, melalui kesukaran untuk sentiasa mendaki kea rah kejayaan, secara istiqamah, elakkan dari kecundang.Ketahuilah bahwa hidup ini ibarat beberapa detik sahaja, jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan tabah…” [3]
      Ini juga merupakan tip berharga buat dikongsi bersama meniti kehidupan .

[1] HR Ibn Hibban no 2427 , Ibnus Sunni  no 351 , Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no 2886
[2] Lihat buku Mauqif al-Muslim , muka surat 51
[3] Lihat Kitab As’ad Imra`atin Fil Alam Bab Unzuri Ila al-Sahab Wa La Tanzuri Ila al-Turab, karangan Dr Aid Abdullah Al-Qarni

SUMBER:  Fb Ustaz Zahazan Mohamed

DOA: DOA AGAR DIKURNIAKAN KEAMPUNAN, HIDAYAH, REZEKI DAN KESELAMATAN

اللهُمَّ اغْفِرْلِي، واهْدِنـِي، وَارْزُقْنِي، وَ عَافِنـِي، أَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ ضِيقِ  الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. 

Maksudnya: "Ya Allah , ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak.[1]

[1] HR al-Nasa`ei no 209 , Ibn Majah no 1356 , lihat sahih sunan al-Nasa`ei no 356 dan sahih Ibn Majah no 226

SUMBER:  Kitab Doa Zikir & Wirid di Tanah Suci & Ustaz Zahazan Mohamed