Showing posts with label FAKTA. Show all posts
Showing posts with label FAKTA. Show all posts

Friday, October 15, 2010

FAKTA: Personaliti Anda Berdasarkan Kumpulan Darah

Persenonaliti seseorang juga dapat dibaca melalui kumpulan darah..So,'jom' belajar kenali personaliti anda dan pasangan anda...tapi sebelum tu,kenalah tahu kumpulan darah anda atau pasangan...bagi rakan2 yg mempunyai kumpulan darah yg tidak disenaraikan dibawah...sorry.....

Gologan darah A

1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
4. Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.
5. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
6. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
7. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.


Gologan darah B
 
1. Orang yang bergolongan darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
2. Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
3. Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian banyak hal yang dikerjakannya.
4. Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap rata-rata. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain.
5. Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
6. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.


Gologan darah O


1. Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
2. Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
3. Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain.
4. Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
5. Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
6. Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
7. Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.


Gologan darah AB
 
1. Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
2. Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati
3. Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
4. Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
5. Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
6. Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.

FAKTA: Kronologi tragedi bas ekspres sejak 2006

Kronologi tragedi bas ekspres di Malaysia sejak 2006

30 Julai 2006: 11 orang maut dan 35 luka-luka ketika sebuah bas pelancongan terbalik dan jatuh ke longkang di KM160.8, Utara-Selatan Expressway dekat Jawi, Nibong Tebal, Penang.

2 Mac 2007: Dua orang terbunuh dan 18 cedera ketika sebuah bas yang membawa ahli UMNO Maran Division terlibat dalam kemalangan di KM89.7, Utara-Selatan Expressway dekat Gurun, Kedah.

9 Mac 2007: Enam orang terbunuh dan 20 luka-luka ketika sebuah bas ekspres tergelincir ke dalam jurang di KM254, Utara-Selatan Expressway, dekat Perak Sg rehat dan tempat rekreasi.

13 Ogos 2007: 20 orang maut di KM229, Utara-Selatan di Bukit Gantang Expressway, Taiping, Perak. Hal ini dianggap sebagai kemalangan bas terburuk menyatakan bangsa dalam sejarah.

7 Disember 2008: 10 penumpang bas ekspres, Super Nice Grassland, tewas ketika bus mereka tergelincir dan terbalik di KM146.5, Utara-Selatan Expressway dekat Pagoh, Johor.

April 14, 2009: Enam orang maut, termasuk pemandu bas dalam kemalangan yang melibatkan bas ekspres double-decker di KM443, Utara-Selatan Expressway berhampiran Rawang, Selangor.

26 Disember 2009: 10 maut dan dua luka-luka ketika sebuah bas double-decker, Sani Express, melanggar sekatan jalan (jalan penghalang) di kKM272.8, Utara-Selatan Expressway berhampiran Tol Jelapang Plaza, dekat Ipoh, Perak.

10 October 2010: 13 maut berpuluh cedera Delima Ekspress

Jika dilihat kesemua kemalangan besar ini berlaku di Lebuhraya sekitar Malaysia.... Adakah lebuhraya dinegara kita tidak cukup selamat untuk digunakan? atau pemandu yang sebenarnya patut disalahkan....
Pada pandangan saya sudah masanya kita semua dan pihak kerajaan memikirkan satu tindakan yang paling berkesan dalam mengelakan kemalangan seperti  ini berulang kembali.Mana satu jika terus dibiarkan suatu hari nanti nyawa kita atau nyawa org yang kita sayangi pulak menjadi mangsa.... siapa yang tahukan..... Berhati2lah dijalan raya....

Saturday, September 18, 2010

FAKTA: 10 Wasiat Guru Para Syuhada

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

FAKTA: 25 Langkah Untuk Kurus Tanpa Menggunakan Ubat-Ubatan.

1. Jangan berlapar. Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle‘ (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum 8 gelas air sehari. Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan minum minuman yang bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makanlah dengan perlahan-lahan. Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil. Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit – daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, mentega dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

15. Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili dan biji sawi didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan satu diari. Simpan satu diari makanan boleh memberi pengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton TV. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja diisi.

22. Khusus bagi kaum wanita, perlu diperhatikan tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:* Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat.* Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif.* Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.* Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.* Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Sumber : Soleh.net

Wednesday, September 8, 2010

FAKTA: Makanan dan Hikmahnya Dalam Islam (2)


Biji Selasih
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati dan memudahkan untuk tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Sayur Bunga Kobis
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Mentega
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan.Baik untuk seseorang yang mengidap sembelit.Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu adalah sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Sayur Lobak
Kegunaan lobak adalah untuk memanaskan badan.Ianya juga mampu untuk melancarkan aliran haid dan air kencing.
Roti
Roti yang baik adalah diperbuat daripada gandum yang baik dan dimasak dalam pembakar roti yang bulat.Roti itu dibiarkan sejuk dan dimakan , jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya.Roti yang mempunyai serat gandum adalah yang pling mudah untuk dicernakan.Nabi s.a.w pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau , hormatilah roti itu dengan memotongnya menggunakan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.
Biji hitam
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda “Jadilah seperti biji Habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”.Hab al sauda juga dipercayai mampu menghapuskan angin dalam usus dan demam.Ianya juga baik untuk merawat ‘Leukoderma’ dan membuka saluran urat yg halus disamping sangat berguna untuk menghilangkan penyakit selsema.
Jintan Manis
Jintan Manis sangat berkhasiat untuk melegakan sakit dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu, membuang gas di dalam usus dan jintan manis dalam bentuk serbuk sesuai digunakan untuk menguatkan pandangan mata dengan menyapunya disekeliling mata.
Kulit kayu Manis
Kulit kayu manis merupakan pemanas badan.Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam.Ianya merupakan campuran(rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hamper tiga suku penduduk dunia.
Ayam
Ayam memudahkan penghadaman,membetulkan imbangan badan, baik untuk badan serta mencantikkan rupa paras.Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan daging ayam yang terbaik ialah dari ayam betina yang tidak bertelur.
Limau/Lemon
Rasulullah  s.a.w pernah bersabda, “ Limau ini seperti mukmin, bagus dirasa & dihidu”. Liamu menguatkan organ hati & menjauhkan kesedihan & bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan serta melambatkan pengaliran dlm hempedu.
Jintan putih
Jintan Putih khasiatnya untuk memanaskan badan.Jintan Putih yang direndam didalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar/Kurma
Nabi s.a.w pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma didalamnya adalah rumah yang tak bermakanan”.Bagi menghilangkan parut yang tidak diingini, kurma hendaklah dimakan bersama2 dengan badam.

FAKTA: Makanan dan Hikmahnya Dalam Islam (1)


Timun
Timun yang masak menghilangkan panas dan menggalakan pembuangan air kecil.Makan kurma bersama timun muda pula dapat menambahkan berat badan.
Telur
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (separuh masak atau masak ) bukan yang direbus sehingga keras.Putih telur berkesan untuk melegakan kulit yang melecur atau terbakar selain  ianya juga berkesan untuk menghilangkan parut pada kulit.
Halba
Nabi s.a.w pernah bersabda “ Jika umat ku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membelinya dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah ialah membantu pengaliran darah haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).
Inai
Inai boleh digunakan untuk menghilangkan bekas calar-calar dan lebam pada badan.Inai juga sesuai digunakan untuk menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki , sakit kuku dan mencantikkan rambut.Inai bersifat sangat panas & menerbitkan perasan cinta.Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.
Terung
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu.Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat diperbetulkan dengan dengan memakannya dengan daging.
Ikan
Khasiat ikan air tawar adalah lebih baik terutamanya ikan yg memakan tumbuhan bukan yang memakan lumpur atau benda2 seni di dalam air.
Bawang Putih
Bawang putih sangat berkesan digunakan untuk memanaskan badan selain itu juga bawang putih berkhasiat untuk membuang gas dalam badan dan menggalakan pengeluaran air mani.Minyak bawang putih juga boleh digunakan untuk merawat gigitan serangga.
Halia.
Halia disebut dalam Al-Quran (ayat 17, surah Al-Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman dan campuranya dari zanjabil”.Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Salad
Meskipun ianya sejuk ianya dianggap sayuran yang baik untuk dimakan.Ianya melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental.Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Madu Lebah
Madu lebah mempunyai pelbagai khasiat yang sangat berguna kepada kita.Madu atau manisan lebah ini bila dicampurkan dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.Sabda Nabi s.a.w, “Demi Allah yang aku dalam genggamannya, minumlah madu.Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni yang didalam rumahnya terdapat madu.Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.Rasulullah sendiri mengamalkan meminun madu, dengan minum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong.Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Daging
Daging yang paling baik dimakan ialah daging kambing.Ianya bersifat panas dan lembap.Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan berumur satu hingga dua tahun.Kita juga digalakkan memakan daging secara bersederhana , tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.
Buah Epal
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis.Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Buah Pisang
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w pernah memberi sup barli kepada orang yang menghidap demam.
Sayur Asparagus
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Biji Kopi
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan mampu menimbulkan kebijaksanaan.

Saturday, August 28, 2010

FAKTA : Kelebihan Saintifik Solat Tarawih

Kajian saintifik yang telah dilakukan terhadap hasil dan kesan solat ke atas kesihatan seseorang individu.

Ini meliputi kesihatan fizikal, emosi dan mental pengamalnya, termasuklah kesan ke atas sistem kardiovaskular, komposisi tubuh badan, isyarat otak dan aktiviti otot.

Kajian seperti mana yang direkodkan dalam buku Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains mendapati pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.

Kajian juga menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.

Solat lima kali sehari semalam misalnya selain merupakan ibadah wajib, dapat mengurangkan kadar lemak dalam badan.

Maka di bulan puasa ini, solat tarawih sudah tentu dapat membantu merawat mereka yang mengamalkan sikap 'membalas dendam' dengan berlebihan makan ketika berbuka.

Tambahan pula, tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk menurut kajian dapat melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan menjadi lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

Ibadat solat dalam masa yang sama juga dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan seseorang, membuktikan ibadah solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.

Apatah lagi ketika berpuasa, seseorang perlu menahan lapar dan dahaga di samping mesti bersabar dalam apa jua keadaan, berfikiran kreatif serta sentiasa berada pada tahap produktiviti yang tinggi.

Lebih menakjubkan lagi ialah solat juga merupakan satu terapi yang memberikan kesan yang sangat positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.

Kajian menunjukkan aktiviti solat boleh melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk di kalangan lelaki.

Penemuan serta petua dan amalan ini sudah tentu tidak boleh dilepaskan oleh mereka yang mementingkan kesihatan batin. Oleh yang demikian, penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan menunaikan solat dan tidak boleh meninggalkannya sama sekali.

kreadit: _______ dari forun carigold.com