HADIS: Puasa
- Sabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam
Barang siapa yang tidak menahan diri dari ucapan dusta dan perbuatan buruk, maka sedikitpun ALLAH tidak sudi menerima puasanya, meskipun Ia menahan diri
dari makan dan minum,(HR, Bukhari)
Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya:
“Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”. (al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
” Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadha’kan dengan puasa setahun walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.” Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram. Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan) (Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” Riwayat Ibnu Majah
No comments:
Post a Comment