Hari ni aku nak cita skit pasal game liverpool ngan Sunderland..... aku sebenarnya bukan ada masa sangat nak tulis2 ni tapi disebabkan ada benda yg terbuku kat sanubari aku ni maka aku rajinkan gak lah jari jemari aku ni tuk luahkan skit apa yg terbuku '555' kat hati aku ni.
Sebelum game start aku cadang2 nak gi lepak ngan 'Family The Reds' layan game kat d'litar tapi alih2 aku tertidur sedar2 game Chelsea dah abis game Liverpool dah bermula..... Sebelum game liverpool bermula aku mmg dah panas hati dah sebab tgk Chelsea kalah tak melawan, sah2 jatuhlah poin Fantasy Premier League aku minggu ni.
Untuk permulaan game aku mula rasa yg peluang Liverpool untuk mng adalah tinggi , Uncle Roy berjaya mengaburi seketika mata aku dengan tektikal menyerang yang pada aku sangat berkesan. Daripada baring aku mula duduk setelah Liverpool mendapat gol pelik hasil "kebangangan" player Sunderland. Selepas tu Liverpool mula memperlahankan corak serangan dan akhirnya Sunderland dihadiahkan penalti apabila bola terkena tangan Poulsen.Selepas gol penalti yg di jaringkan oleh Darrent Bent permainan Liverpool makin lemau asyik dok kena attack jer.Elok2 dah semangat tadi aku pon terus jadi lemau cam Liverpool , dari duduk aku mula baring balik.....
Sambil aku dok maki2 player Liverpool ngan Uncle Roy boleh plak Sunderland score sebijik lagi, kalau ikut kan hati aku yg pedih,mendidih terguris dan sebagainya ni mau jer aku tutup tv tapi mengenangkan aku ni "Kipas Susah Mati Liverpool" sepanjang hayat jadi aku layankan jer.Kemasukan Ngog menggantikan Poulsen merubah formasi permainan Liverpool menjadi 4-4-2 dan serangan Liverpool nampak menjadi lebih baik dan akhirnya Liverpool berjaya menjarikan gol penyamaan hasil tandukan steven G.
Kesimpulannya, tak der apa yang tersimpul pon cuma aku nak bagi nasihat sikit kat Uncle Roy dan Sammy Lee, pakailah formasi 4-4-2 kerana ianya lebih berkesan. Defender terpaksa menumpukan kepada 2 striker berbanding dengan jika kita bermain 1 striker kerja defender lawan akan menjadi lebih mudah dan kerja kita nak cari gol menjadi lebih sukar.... Satu lagi nasihat aku kepada Uncle Roy dan Sammy Lee tolong lah main dengan corak menyerang, seperti semua org tahu bila kita menyerang pihak lawan akan bertahan dan tiada ruang yg besar untuk menyerang kembali.... Please lah semua org tau pasal benda tu takkan korang dua org tak leh nak pikir dan tgk kot...... tolonglah ek buat perubahan pada game yg seterusnya....... aku tgk skarang semua team dok kejar kedudukan teratas dalam liga tapi Liverpool dok kejar kedudukan terbawah..... bangunlah ..... aku dah bosan dikutuk dan dicaci oleh fan2 lain.......
No comments:
Post a Comment