Friday, October 15, 2010

BAJET 11: Ringkasan Bajet 2011

 Ini adalah ringkasan bajet 2011 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak .



Sila baca bermula dari bawah dan naik ke atas

Source: tv3.com.my

15 Okt 5.37pm
* Cadangan 212 billion untuk RMK-10, NKRA dan NKEA

15 Okt 5.36pm
* Penjawat awam - dibenarkan membeli hartanah daripada ibu, bapa, anak & adik beradik

15 Okt 5.35pm
* Menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada 3 ribu ringgit

15 Okt   5.33pm
* Menghargai sumbangan penjawat awam: 500 ringgit untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah

15 Okt 5.32pm
* Memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam dengan mempermudah berurusan dengan agensi kerajaan


15 Okt 5.32pm
* 1.9 billion untuk pemuliharaan alam sekitar

15 Okt 5.30pm
* Memperkasa Peranan Badan Bukan Kerajaan: 70 juta ringgit bagi program yang melibatkan NGO terpilih yang turut membantu mengurangkan kes kes rempit, pembuangan bayi, mat rempit dan gangsterisme

15 Okt 5.29pm
* Membanteras jenayah & Menjamin Keselamatan: 350 juta ringgit untuk program membanteras jenayah & untuk skim rondaan sukarela terutama di kawasan berisiko tinggi.

15 Okt 5.28pm
* 15.2 billion ringgit di peruntukkan untuk membina hospital baru, menambah bilangan doktor & jururawat serta mendapat bekalan ubat dan peralatan perubatan

15 Okt 5.27pm
* Mengurangkan kos pengangkutan: harga tol PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta merta

15 Okt 5.26pm
* Pembangunan orang asli & pribumi - peruntukkan 100 juta ringgit terutama untuk menyelesaikan isu pegangan hak milik tanah & pembangunan penempatan orang asli.

15 Okt 5.25pm
* Guru KAFA dinaikkan ke 800 ringgit sebulan berbanding 500 ringgit

15 Okt 5.25pm
* Elaun imam naik 450 ringgit kepada 750 ringgit sebulan.

15 Okt 5.24pm
* Menaikkan elaun bulanan Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Persekutuan, Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada 800 ringgit sebulan

15 Okt 5.23pm
* 500 juta ringgit unruk membantu kontraktor kelas F di seluruh negara

15 Okt 5.22pm
* 200 juta untuk program pengedaran barang perlu seperti beras, minyak masak, gula, tepug terutama di Sabah & Sarawak

15 Okt 5.20pm
* Kerajaan juga akan menyediakan sejumlah 170 juta ringgit bagi insentif hasil tangkapan ikan nelayan serta pemilik bot untuk meningkatkan hasil tangkapan

15 Okt 5.20pm
* Meringankan Beban Hidup Rakyat: 947 juta ringgit sebagai subsidi harga padi, baja, benih padi, serta 230 juta ringgit untuk insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi

15 Okt 5.20pm
* Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar - 6.9 biliion ringgit untuk perlaksanaan infrastuktur asas seperti bekalan air, elektrik & jalan luar bandar.

15 Okt 5.19pm
* Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga di bawah 220 ribu ringgit (khas untuk pendapatan 3 ribu ringgit sebulan dan terutama untuk golongan muda)

15 Okt 5.17pm
* 50 juta bagi membantu golongan pekerja estet yang akan dikendalikan oleh bank Simpanan Nasional.

15 Okt 5.16pm
* Meningkatkan pemilikan rumah - 568 juta ringgit disediakan bagi membina 300 unit kediaman di bawah projek bantuan perumahan bandar, 79 ribu unit di bawah program perumahan rakyat dan 8 ribu unit di bawah projek bantuan sewa.

15 Okt 5.15pm
* Bagi tahun 2011 kerajaan memperuntukkan 1.2 billion ringgit kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & masyarakat untuk menjalankan program berbentuk kebajikan & kemasyarakatan

15 Okt 5.12pm
* Menubuhkan Akademi Bola Sepak di Pahang dengan peruntukan 20 Juta ringgit

15 Okt 5.10pm
* Pembangunan sukan negara: 356 Juta Ringgit unruk pengurusan aktiviti sukan

15 Okt 5.10pm

* Kerajaan memberi fleksibiliti untuk tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini

15 Okt 5.09pm

* Memperluas penglibatan wanita dalam ekonomi - 30 juta ringgit untuk program inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita sempena hari wanita 2011

15 Okt 5.08pm
* Kadar dan mekanisme penetapan gaji minimum: 500 hingga 700 ringgit sebulan. Dengan kenaikkan ini, pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan termasuk elaun adalah seribu ringgit sebulan berkuata kuasa 2011

15 Okt 5.06pm
* Meningkatkan produktiviti pekerja

15 Okt 5.05pm
* Program Latihan 1 Malaysia sebanyak 500 juta ringgit khas untuk menambah ilmu pengetahuan melalui penigkatan kemahiran & mempelajari kemahiran baru

15 Okt 5.05pm
* 474 juta ringgit untuk golongan bukan siswazah

15 Okt 5.04pm
* 220 juta untuk siswazah jurusan lain dan 50 juta ringgit untuk Multimedia Development Corporation untuk melatih graduan dalam bidang ICT.

15 Okt 5.03pm
* 60 juta ringgit bagi mempergiatkan lagi Program Industrial Skill Enhancement Programme di pusat latihan negeri.

15 Okt 5.03pm
* Menambah baik IPTA & pensyarah boleh di pertimbangkan kenaikkan pangkat ke pringkat tertinggi gred turus.

15 Okt 5.02pm
* Memperkasa Pengajian Tinggi: Menambah peratusan akademik berkelulusan PHD denagn peruntukan 20 juta ringgit

15 Okt 5.02pm
* 213 juta ringgit di peruntukan abgi mengangkat tinggi penguasaan bahasa malaysia, bahasa inggeris & memperkemas kukurikulim.

15 Okt 5.02pm

* Biasiswa kepeada guru serta tenaga pengajar yang ingin melanjutkan pelajaran 576 juta ringgit

15 Okt 5.00pm
* Kerajaan setuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan 95 juta ringgit

15 Okt 5.00pm
* 250 juta ringgit untuk sekolah bantuan modal agama, sekolah jenis kebangsaan cina, sekolan kebangsaan tamil, sekolah bantuan modal mubaligh, sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

15 Okt 5.00pm
* 111 juta untuk projek PERMATA

15 Okt 4.59pm
* 6.4 billion untuk menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profession guru. 213 juta ringgit lagi di bajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi.

15 Okt 4.58pm
* Menubuhkan Talent Corp di bawah jabatan Perdana Menteri pada awal tahun 2011 untuk menambah bilangan tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti

15 Okt 4.57pm
* 29.3 billion ringgit untuk kementerian pembelajaran, 10.2 billion ringgit untuk kementerian pengajaran tinggi dan 627 juta ringgit untuk kementerian Sumber Manusia - khas untuk pembangunan modal insan

15 Okt 4.56pm
* Memperkukuhkan kedudukan kewangan negara dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan secara berhemat. Ini termasuk menekankan nilai value-for-money dan value management

15 Okt 4.55pm
* Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran berbayar

15 Okt 4.55pm
* Industri Kreatif: 200 juta ringgit di sediakan untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama & dokumentri keluaran tempatan

15 Okt 4.54pm
* Projek yang di jangka siap dalam tahun 2011 adalan Newcastle University Medicine Malaysia, Chelsea Factory Outlet, serta Legoland dan Marlbrough College pada tahun 2012.

15 Okt 4.53pm
* 229 juta untuk projek Iskandar Malaysia - untuk membina jalan, kawasan perumahan, menyediakan & memperbaiki perkhidmatan pengakutan awam

15 Okt 4.52pm
* Pembangunan koridor dan wilayah dengan bajet 850 juta ringgit.

15 Okt 4.51pm
* 91 juta ringgit untuk pembangunan modal insan dalam industri perkhidmatan penyelenggaraan, baik pulih, dan rombak & rawat atau MRO, program latihan kejuruteraan aerospace dan aeronautical.

15 Okt 4.50pm
* Telifon bimbit biasa dikenakan cukai 10 peratus manakala telifon bimbit yang mempunyai aplikasi seperti internet atau PDA, dikecualikan cukai jualan. bagi tujuan penyelarasan, cukai jualan dikecualikan ke atas semua jenis telefon bimbit.

15 Okt 4.48pm
* Meningkatkan potensi industri teknologi maklumat dan ICT: 1119 Juta ringgit di peruntukkan untuk program MY Creative Content, melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama 2 tahun.

15 Okt 4.47pm
* Merancakkan industri pelancongan: antaranya 85 juta ringgit untuk pembinaan hotel & resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi. 50 juta untuk membina laluan pejalan kaki di kawasan lingkaran KLCC ke Bukit Bintang

15 Okt 4.44pm
* Dalam menyuburkan sektor pertanian, kerajaan memperuntukkan 3.8 billion ringgit bagi tahun 2011

15 Okt 4.40pm
* 146 juta ringgit di peruntukkan untuk industri minyak, gas, dan tenaga yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara.

15 Okt 4.37pm
* 857 juta ringgit disediakan untuk syarikat yang melabur dalam aktiviti E&E terumata di Pulau Pinang & Kulim High-Tech Park di Kedah

15 Okt 4.35pm
* Dana pencen swasta: pelepasan cukai pendapatan sehingga 6 ribu ringgit sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP.

15 Okt 4.34pm
* Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz satu billion ringgit dan patuh syariah

15 Okt 4.33pm
* Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan

15 Okt 4.30pm
* Fokus pada pembangunan strategik berimpak tinggi, Projek MRT dengan kos pelaburan swasta kira-kira 40 billion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, pembangunan tanah lembaga getah Malaysia, dan pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.

15 Okt 4.28pm
* Pembukaan bajet strategi pertama adalah mendaya kembali pelaburan swasta.

15 Okt 4.10pm
* Bajet 2011 kali ini bertemakan Transformasi Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi

No comments:

Post a Comment